Friday, July 24, 2009

Sedikit Info Terkini

Hai selamat berjumpa kembali. Apa khabar warga Patologi? Sebenarnya hari sudah lewat malam ni, lagipun saya baru balik dari OnCall tadi. Sibuk tu tidaklah sibuk sangat tapi memandangkan ada sampel yang dihantar tu untuk rt-pcr H1N1 kenalah extra kerja. Spesimen tu kena packing dengan ais lagi. Lepas tu kena call staff Oncall di MKA Bukit Padang.Yang paling bikin bengang tu bila mencari driver. Entah berapa kali call ext.570 tapi tiada yang menjawab.Rupa-rupanya driver mana ada di situ,mereka hantar pesakit ke SMC dan QEH. Kena Call driver beberapa kali tapi semua tak available(masih di luar kawasan). Last-last saya bagi tau Pegawai sains, besok sajalah hantar sampel tu.Untuk pengetahuan kawan-kawan, kalau lepas waktu pejabat tak payah susah-susah dial 570 tu,minta operator sambung kepada driver yang bertugas masa tu lagi senang.


Sebenarnya saya ingin buat post ni sebab ingin menyampaikan sedikit info:


1. BBQ - Lokasi : Pantai Tanjung Lipat

Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)

Masa : Bermula jam 7.00 mlm

Yuran : RM20.00 (staff), RM15.00 Student) - Buat pembayaran kepada En. Andy

* Datanglah untuk menjamu selera sambil merehatkan minda anda. Jumpa di sana!

2. Puan Mariani @ dink telah selamat melahirkan cahayamata yang pertama (baby boy) pada 21 julai 2009. Congratulation! and welcome to the Club.

Sampai disini dulu post untuk kali ini. Kalau ada info, post saja di bahagian comment o.k!

1 comment:

  1. memang tu driver perangai pelik..kita minta tolong lain yang dorang suruh lg..

    ReplyDelete