Tak kira apa jenis pekerjaan yang kita lakukan stres itu sentiasa ada. Walau apapun kedudukan pangkat kita dalam sesuatu organisasi itu, stres dalam pekerjaan tetap melanda setiap individu.
Di sini saya senaraikan beberapa punca stres yang disebabkan oleh pekerjaan:
- Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas
- Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan
- Peranan yang berkonflik
- Tugas yang membosankan dan tidak bermakna
- kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
- Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal
- Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan
- Konfilik interpersonal
- Konflik di antara tuntutan kerja dan rumahtangga
Di sini saya senaraikan 8 langkah menangani stres pekerjaan:
- Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
- Menjalin tali persahabatan sesama rakan sekerja
- Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai
2. Praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya keadaan ini berlaku:
- Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
- Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta
- Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang munasabah
3. Berkomunikasi secara berkesan
- Jadilah pendengar yang baik
- Berkomunikasi secara asertif
- Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
- Hormati pandangan orang lain
- Gunakan fakta, dan bukannya mengikut perasaan
4. Tangani kritikan dengan baik
- Apabila anda dikritik:
- Bertenang
- Tentukan apa yang anda boleh percaya
- Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar:
- Terima
- Ambil langkah sewajarnya
- Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda:
- Dapatkan lebih banyak maklumat
- Betulkan tanggapan yang salah itu
5. Tangani kemarahan secara berkesan
Tiga langkah yang penting:
- Berhenti : Akui bahawa anda sedang marah, dan cuba bertenang
- Berfikir : Rancang fikiran anda
- Bertindak : Gunakan daya tindak yang berkesan
6. Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL
- I : Kenal pasti masalah (identify the problem)
- D : Huraikan pilihan yang ada (Discribe possible option)
- E : Nilaikan akibat setiap pilihan (Kelebihan dan kelemahan) (Evaluate pros and cons)
- A : Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik (Act based on best possible Action)
- L : Belajar dan semak semula (Learn)
Jia anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai, berdoa dan lain-lain.
7. Praktikkan pengurusan masa yang berkesan
- Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
- Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
- Delegasikan tugas anda secara berkesan
8. Amalkan cara hidup sihat
- Bersenam selalu
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
- Belajar teknik relaksasi ( muzik, meditasi dan lain-lain
Sebagai kesimpulan, setiap individu akan mengalami , sedang mengalami atau pernah mengalami stres. Terserahlah kepada individu itu sendiri untuk mengatasi stres tersebut.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda ada tips atau cara-cara menangani Stres, sila kongsikan bersama.
sumber:Bahagian pendidikan kesihatan,KKM
awal juga tulis ni post?6am..klu kita ni mampu beli apa yg kita mau, tentu stress ada kurang sedikit..
ReplyDeletejo, sebenarnya bukan jam 6am tapi jam 6 pm. Saya tersilap set jam bah pigi -8.Manalah sanggup nak tulis blog awal-awal pagi.
ReplyDelete